Wahh..kau manis. Kepala entry kau dah nak makikan orang "binatang". Ape ke heyyy..Tak cukup-cukup sumpah seranah hari tu pasal si mulut puaka??
Opp! Opp! Kejap. Jangan salah aaaa..Bukan nak makilah. Saja bikin panas letak tanda seru tu dengan tak ada perasaan bersalah. HAHAHA.
Ok. Kita mula ye.
Aku bukan jenis manusia pencinta binatang atau dalam kata lain aku adalah pencinta manusia yang tegar. Makhluk dalam kategori binatang ni aku cuma "pilih bulu'. Pilih yang aku suka sahaja dan yang mana tak susahkan aku. Itu pun bukan 24 jam suka. Contoh, macam kucing. Aku suka dan sayang tapi kalau dia naik atas kabinet dapur tinggalkan cap jari dia dengan ada unsur-unsur tanah, sure aku akan naik hantu. Atau aku tengah makan dia naik atas meja, confirm kena lesing. Pendek kata, suka dan sayang aku terhadap binatang bergantung kepada ketepatan masa, tempat dan hangin aku. HAHAHA.
Tapi.
Soulmate aku lain. Dia pencinta binatang. Alaa. Tak mo sebut binatang lah. Macam tak manis je bunyinya. Ok. Haiwan la ek. Sambung...
Haiwan adalah kegemaran dia. Hobbi dia bela haiwan. Kalau boleh semua haiwan yang halal dekat muka bumi ni dia nak bawak balik jaga. Dia pernah kata, kalau lah dia kaya raya, dia nak beli tanah seluas-luasnya, buat rumah dan belakangnya nak buat mini safari macamlah si Snoop Dog tu. Tapi idea-idea bernas dia selalu dikekang oleh isteri tercinta. Namun, satu atau dua mungkin terlepas juga atau dia pandai meloloskan idea dia secara tipu daya.
Macam BanBan. Nama yang tidak menerujakan? Bukankah? HAHA. BanBan itu kucing betina berketurunan separa Parsian. Mungkin emak dia Malaysian dan bapak dia Parsian. So bulu dia tang ekor je yang kembang gila. Bertemu jodoh dengan Encik Hubby dekat Bemban so itulah asal-usul namanya. Encik Hubby dengan jayanya membawa dia pulang dengan niat menjadikan dia penduduk tetap di rumah kami. Ewah2! Suka hati je kan. Tak tanya, tak discuss, tup tup balik kerja dah ada dekat rumah. Pandai kan Hubby aku ni. Kang kalau tanya-tanya confirm tak diluluskan, terus bawak balik saja.
 |
BanBan First Day
Tak cukup lagi. Tak cukup. Ada lagi. BinBin pulak dia bawa balik. Aiyo! Eh. Bukan BinBin sebenarnya 'Were Were'. Bukan terjumpa atau dijumpai tapi sengaja menjumpai sebab Hubby beli dekat kedai. Anak-anak excited kemaen, aku, menjerit-jerit. Geli dow..Dia terkitai-kitai, terkapai-kapai, terkial-kial, kejap terjuloq, kejap terjuntai. Suspen tak? Suspen tak? Apakah benda tu??
Apa?
Tenggiling?
Bukan.
Salah tuh.
Bukan. Bukan.
Jawapannya...
Balqis yang beri nama 'Were Were', tapi takut nak pegang. Hariz jugak berani.
Sila lihat picture date taken. Kira pic terbaru jugak lah. Dulu kecil saja taw, sekarang sudah tak muat akuarium. Baru semalam belikan akuarium baru. Kalau dibiar lagi 5 tahun atau 15 tahun, mahu akuarium sebesar Porsche Cayenne kena beli. Oh! Cayenne, I Love You (Tetiba!).
Amboi2. Tak salah sungguhkan jadikan Rumahku Syurgaku sebagai Zoo WannaBe. Lepas ni, apa pula dia hendak bawa balik. Kalau tenggiling, sumpah aku Sepak ia macam Bola! Yucks.
Hubby punya hobby ini sikit-sikit dia sudah turunkan pada anak-anak dia. Mahu anak-anak punyai kegemaran dan kesedapan hati yang sama macam dia. So senanglah nanti sudah ada 'back up', bila agak-agak nak kena bebel dengan aku pasal haiwan-haiwan peliharaannya, anak-anak boleh cover. Aku sure kalah, 3 lawan 1. Pandaikan.
Tapi aku juga melihat perkara ini dari sudut positifnya. Selain daripada dapat memupuk sifat sayang dan belas kasihan pada haiwan, ia juga membantu pembelajaran dan perkembangan minda diorang dengan mengenal jenis-jenis dan nama haiwan-haiwan yang wujud di muka bumi ini. Setakat tunjuk flash card "Ok anak-anak, ini kuda, ini gajah, ini burung pungguk rindukan bulan, bla..bla..bla". Anak pun boring walaupun mula-mulanya excited ikut saja apa kita sebut.
Dengan itu juga, timbul suggestion (dari tahun lepas sebenarnya) kami suami isteri nak bawa anak pergi zoo. Yeay! Jakun kejap sebab seingat aku, dah lama gila (dengan maksud bertahuns) kot tak pergi situ. HAHAHA. Apalah lah. Zoo tu sikit punya dekat, sekangkang kera aje pun susah nak pergi. Bikin malu aje kalau jadi orang Melaka tapi tak pernah pergi Zoo Melaka, tahu! Tak payah dok gebang cerita pergi Bali kalau bila orang Kelantan tanya kau Zoo dekat mana kau tak tahu. HAHA.
Baiklah. Marilah jamu mata tengok lawatan sambil belajar kitaorang.
Masuk je nampak ni. Kesian betullah dikurung dalam cermin yang muat-muat dia aje.
The Scarlet Macaw
Hubby cakap kat Balqis, "Aqish. Ni lah kawan Mama". Cess..kekembanganku belum di tahap badak ye B. Excuse Me!
Jalan Ok. Cuma ada beberapa tempat yang memang stroller tak boleh blah. Kecewa. Nanti aku complain kasik upgrade skit ini jalan.
Wallaw weh! Tengok tu. Otot-otot yag kencang. Kalah Aaron Aziz.
Look! How pretty she is. LIKE!
Tiga posing bapak yang berbeza tapi Balqis maintain posing budget model. HAHAHAHA.
Ini aku suka. Kemudahan R&R.
Kalau lalu sini korang sure akan gelak TER'BANTENG-BANTENG'. Tak caya try ler..KAHKAHKAH
Kasihanlah si comel ini. Kena dok dalam stroller aje dari tadi.
Ini juga bagus dan harus ada. Kalau agak-agak sudah kehausan atau kebuluran stelah kepenatan, bolehlah singgah di KAFE MURNI di tengah-tengah hutan ni.
Tram Ride. Kalau ada bawa warga emas, haruslah gunakan perkhidmatan ini sebab jenuh taw nak round satu zoo...PENAT!
Don't tease ea.. Aku tease jugak.
Hasilnya, aku dapat masuk dan ambil gambar dia sedekat ini. HAHA. Tipu aje.
Finally, YEAY! Nampak sign tu? Itulah yang aku cari sebab dah tak larat jalan. HAHAHA.
Dan haruslah mengabadikan nama big boss aku dalam kenangan.
Kau tahu betapa penatnya. Habis terbakar segala lemak-lemak tepu aku ni. Bagus jugak kan. Terus turun 5 kg. HAHAHA. Bohong sangatlah tu. Bila sampai exit, ingat memang nak balik dah lah kan, ada plak playground kat situ. Kenalah singgah jap layan anak-anak main buailah bagai. Zoo ni pun satu, pergi buat benda alah ni buat apa. Tengok binatang dah cukup ler. Adoyai. Tak apalah. Yang penting kita..ENNN..JJOOYYYY!!*gaya nora danish dalam drama puteri*.
|